Sabtu, 2009 Ogos 22

keKaNgaN masa...

Assalamualaikum...

Slamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam... Pengharapan agar ramadhan kali ini lebih baek dari segi amalan berbanding sebelum2nya...insyaAllah...
Dsebabkan kesibukan yang sukar dielak...sy bhnti kjup mnulis or publish ap2 lah...x sempat nak beri pehatian kat blog..bnyak kheja nak bwat...bz la sangat..hehe...ne way thanks kepada yang sudi menjengah or dr0p pa2 c0mmeNt kat cni...budi baek antunna semua x mampu sy balas...may Allah s.w.t bless u...Amin..berJuaNg keRaNa AllaH....=)

Sabtu, 2009 Jun 20

jeJak kas!h...hehe

jaLaN2 di bUk!t beNdeRa.. J0M jO!N uS


oN da waY g BuKit beNdeRa.. hehe faRah drIve...













naNa Nak taNgkap RaMa2 2... NaMpak ka?? ada raMa2
kat c2.. ce teNg0k beBetul...





fIrst deStiNasi.... x sabar nak Naik atas Neh...



tUngGu traIN saMpai... dudUk P0N McM braTur heHe ...tUngGu daN teRus MeNungGu...




tHaNks uNcle tlOng aMik gaMbar kaMie 5 OraNg...swEet..




ataS tRaIN.... bdIri ja sPaNjaNg pjaLaNan ...








dua OraNg yg bLaKaNg 2 PoN naK jOin Jugak.. hehe..... peRgH sPek MaTa bLaLaNg 2.. ngeh3







hMm acT!On...peNat la saNgat..hehe





sedap aNgIN seJuk...NaIk taNggA PoN x PeNat.. tiPu peNat la...=P hehe











tkah terseNyuM lawa....=)

This MeRiam, saYa yaNg PuNya.. iNgiN meNyewa??
hUbuNgi saya dI taLian 04-444 teKaN2 x daPat...ngeh3

Nie kat Ba2 fRiNgHieHieHie....

naK kNa isi pW0t, da LpAr seSaNgt.. PWot P0n dk NyaNyi laGu dOreMoN..hehe



















uitt maKaN eNgat saMa org BLakaNg caMera Nie...
MacaM pelaRiaN..hehe..

aNtaRa MaKaNaN yaNg kaMie MakaN..

NaSi LeMaK aYaM reMpah. SeDap giLer.... naK2 masIn sket.. adUh.. teliuq ka..Ngeh3


telur wIf bILis gOreNg



saMbaL NaSi leMak Mak Miza... teraNgkat.. hehe





sedih gler bru start makan tetiba HujaN,ap lagi berlarian kamie kat bawah pOkOk...walaupOn hujaN cam2 kaMie terus gak maKaN... naSi leMak+ air HujaN.. sedap tu.. ngeh3. habis jugak sepInggaN nasi leMak baNjiR... hak3
dah 2 bt0lak balik....nak Mandi, abIs baJu bepasIR.... keNaNgaN 2.he

reHat Jup...peNat caRie sUraU kat geRneY
siB baIk JuMpa...da tiga sUku Nyawa
dah puSiNg tmpat 2...







sayONaRa keNgkawaN... aRigatOooo... sMoga ReHLah kita DibeRkati ALLAH s.w.t..
insyaAllah... MyEm0.Com

Ahad, 2009 Jun 14

d0sa sIMpaN kuKu paNjaNg.....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth


Jangan ada
niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang
beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

cINcIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Isnin, 2009 Mei 25

baHaNa baNyak kEtaWa


Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam kita gembiara, kiat sering terlalai, lupa dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Maha Esa?

Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


p/s: praktikalnya amat payah, namun perlukan usaha. Mari ikut sunnah.

Jumaat, 2009 Mei 22

detik daN saAt diteMuduga

Salam'alaik.Emm 21 mei lepas saya kena interview pendidikan under upu tu,sume tau kan..fuh hari ni baru la boleh menafas cam normal balik...kalu tak hanya Allah yang tau. bedebuk-debak jantung nie. rasa macam nak tercampak kelua dari tubuh.MyEm0.Com Alhamdulillah lepas jugak hari 2. Logik la memang akan lalui pon dah nama termasuk dalam listkan..kalu tak pegi rugi pulak nanti. bukan senang nak lepas ujian medsi tu.

MyEm0.comada la dekat seminggu jugak saya study. bangun tid0q, benda yang saya capai dulu paper la. nak study pasal isu semasa...tkot kena tanya nanti.Kurang-kurang kalu dah tau senang nanti, mudah nak jawab. Macam-macam saya prepare, malam pulak tido lambat...bukak tenet nak cari contoh2 soalan. Bekajang2 karang pasal diri la, rmk9 la,isu ppsmi la sib baek last minit tanya faz, ada gak dia btaw suh baca pasal pipp...risau makin betambah2 waktu tu. tapikan makin banyak saya baca makin banyak pulak yang x tau. hah apa lagi mula la gabra.Macam2 prasaan ada waktu tu. Tepu pala otak. Adeh.MyEm0.com

Pagi yang gelap kini sudah terang, hari yang dinantikan tiba jugak akhirnya. intvw 2 start kol 2 petang. Sempat lagi tido lepas sarapan, ngantuk sangat. MyEm0.Com Smalam tido lewat, sebabnya terlampau bedebar(ada jugak org cam 2) Kami bert0lak dari rumah pukol 12 tghari. Berpandukan GPS ayah, sampai jugak tempat yang hendak dituju. Syukur. Besar jugak USM, kalu x tau jalan boleh sesat ni.

Lepas pendaftaran kol 1.30 tu, kena tunggu pulak. Terkontang kanting sesorang xdak mmber. Yang duduk sebelah saya banin. Segan pulak nak tegur. Tepat kol 2 sesi tmuduga bjalan. Saya orang ke 7 dari 13. Calon pertama masuk, 2,3...dan saya masih menjadi penunggu setia bilik tutorial 156 tu.MyEm0.ComWaktu jam mnunjukkan 3.05 tula nama saya dipanggil. Ketaq lutut2. Agaknya kalu ad skru dah tercabut kot.hehe.MyEm0.Com

Dekat 15 minit jugak la saya bejuang sesorang mempertahankan diri. Memang kena tembak habis-habisan dengan panel 2. huh sabar je la farhah...Awak kena kuat. Tak kira apa p0n yang berlaku.MyEm0.Com lepas dah kena tembak, hiris, ket0k..saya kelua jugak dari bilik tu. Alhamdulillah. 1 ja dalam pala otak, saya nak balik. Apa2 p0n skarang, doa dan tawakkal. Usaha2 dah ye x..bak kata salihin...kalu ada rezki InsyaAllah...MyEm0.Com

Thanks eeN atas kata2 semangat 2.MyEm0.com

Rabu, 2009 Mei 13

kesaN s0lat YaNg KhusYuk



Iman Ghazali menyatakan bahawa org yg tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah. Ia juga berungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yg khusyuk ialah mereka yg sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yg diucapkan dlm solatnya. Justeru itu apabila ia membaca fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yg terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat ke-4 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Allah yang memiliki hari Akhirat"

Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia serta bersesak-sesak di Padang Mahsyar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah. Apabila membaca ayat ke-5 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon"

Ini bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yg lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yg sedemikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah semata-mata.

Selepas itu, ia mengamati lain-lain bacaan dalam solat dengan khusyuk, yang mengandungi pelbagai bacaan dan doa-doa yg memperlihatkan kebesaran Allah. Jika difahami bersungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap buruk yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Berapa banyak orang yang mendirikan solat tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui solatnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika solat maka Allah menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Allah berfirman dalam surah al-Ma'un ayat 4-5,
" Maka celakalah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang yang lalai dalam solatnya."

Nabi saw bersabda lagi yg bermaksud, " Tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)."



Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah. Malah solatnya itu akan menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang diperolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam solat itu, atau sebanyak mana pula ia lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak perlulah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya di dunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibanding dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penuaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang yg dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.



Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji hanya melibatkan 2 perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta-benda. Sama ada enunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan banyak wang, beribu-ribu ringgit. Tubuh terasa letih dan wang habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam Ghazali bahawa solat itu ialah munajat (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran disamping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah.

Orang yg mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yg bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah, jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan pelbagai kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala pujian yang ditujukan kepada Allah bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah menyatakan bahawa ia lebih hampir dengan urat marekh seseorang.

Isnin, 2009 Mei 11

kaWaL NafSu jd MaNusiA MuLia

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: “Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.”

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu ‘amarah’ (nafsu jahat), ‘lawwamah’ (menyesal apabila buat kejahatan) dan ‘mutmainnah’ (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:
- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti ‘ma’thurat’ dan baca al-Quran.
- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
- Banyak bersedekah.
- Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.