Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka 
Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan 
tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu 
dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan 
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah 
yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula 
terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap 
lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada 
setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa 
setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor 
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat 
nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik 
sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah 
asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang 
pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah 
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung 
di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka 
(Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut 
maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, 
“Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah 
bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka 
Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, 
dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, 
dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya 
ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat 
yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah 
jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu 
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung 
dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur 
lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia 
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Memasuki Dunia Baru..membilang hari
12 tahun yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan