Isnin, 30 Mac 2009

t-sHiRt laBuh bWat MusLiMah....

T-shirt labuh sekarang dah menjadi satu trend. Sana sini kite tengok orang pakai tshirt labuh. Macam-macam design dan corak, warna dan style. Cantik belaka. Agen-agen penjual tshirt labuh pun sekarang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Promotion sana sini. Sampai pembeli jadi rambang mata nak pilih yang mana. Rasa macam nak beli semua je!hehe..

Tak macam dulu, susah sangat nak dapat t-shirt labuh ni. Kalau nak, kene gi tempah sendiri kat kedai. Pakat ramai-ramai member sape yang nak oder. Itu pun, susah nak cari orang yang nak/sudi buat t-shirt labuh ni. Macam-macam alasan. Susah nak cari kain dari China la..itu la..ini la.. Kalau pun dapat, harga tak semurah harga sekarang. Yer lah, permintaan pun belum tinggi waktu tu. Jarang sangat tengok orang pakai tshirt labuh. Kalau yang pakai tu, orang jalan kanan kiri mesti tengok lain macam. Pelik kot. Ehe~lantak la korang nak kata apa asal bahagia :)

Baguslah...melihat kepada perubahan ni, ia suatu yang baik. Amat baik. Daripada pakai tshirt yang pendek walaupun berlengan panjang, lebih baik memakai tshirt labuh ni. Sopan sikit nampak. Cuma ada beberapa hal yang tetap perlu kita perhatikan...

Kita jangan 'terkaburi' dengan t-shirt labuh ni, sehingga kita lupa untuk menetikberatkan aspek-aspek lain dalam pemilihan pakaian. Apa yang dimaksudkan adalah, fabrik kainnya dan ukurannya. Dalam Islam, etika menutup aurat bukan setakat menutup, tetapi juga melonggarkan pakaian. Ini yang nampaknya agak bermasalah...

Punya laa kita nak pakai t-shirt labuh, tapi sayangnya pemilihan ukuran yang tidak tepat menjadikan kita bukan menutup tubuh, sebaliknya 'membungkus' tubuh. Wanita/perempuan memang secara zahir diciptakan dengan ukuran tubuh yang agak lebar di bahagian pinggul. Jadi, kita harus hati-hati betul dengan pemilihan pakaian ni jangan sampai bahagian-bahagian tubuh yang seharusnya kita lindungi malah menjadi hal yang menarik perhatian orang.

Sebelum membeli tshirt-tshirt labuh yang macam-macam jenis ni, pilih la betul-betul ukurannya. Biarlah besar sedikit, jangan yang muat-muat je. Setengah orang berpendapat, kalau pakai baju besar-besar ni nanti nampak tak cantik. Nampak gelebeh..macam-macam lah. Tapi, berbalik kepada tujuan kita berpakaian, tujuan membeli dan memiliki tshirt-tshirt labuh ni...bukankah untuk menutup aurat? Kalau pakaian-pakaian tersebut tidak mampu membawa kita kepada tujuannya, apa manfaatnya? Jadi, biar la pakai baju yang besar sikit. Tak perlu la yang besar gedabak, asal longgar dan selesa untuk di pakai. Mudahkan? Malah yang lebih bagus, pilihlah tshirt yang A-cut, bukan yang straight cut. Potongan yang agak lebar di bahagian bawah..

Sekadar peringatan buat semua, termasuk diri ini. Semoga kita terlindung dari fitnah~

1 ulasan:

  1. kalu pakaian ketat tak selesa ar..susah nk bergerak..tp jgnla longgar sgt smpai asyik terlondeh je..paham kan?
    tp yg seelok2nye tak nampak bentuk tubuh..lg satu,warna nya jgla terlalu menyerlah mcm warna merah menyala tu..ni tujuan dah betul,tutup aurat tp dpt dosa lain sbb warna menarik perhatian llaki.

    BalasPadam