Isnin, 25 Mei 2009

baHaNa baNyak kEtaWa


Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam kita gembiara, kiat sering terlalai, lupa dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Maha Esa?

Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


p/s: praktikalnya amat payah, namun perlukan usaha. Mari ikut sunnah.

2 ulasan:

  1. awk kata awk ni banyak ketawa kan?
    nampaknya mmg awk nak tegur diri sendiri. bagus, kongsi dengan orang lain.

    BalasPadam
  2. kdang2 tebabas jugak...hehe

    BalasPadam