Rabu, 13 Mei 2009

kesaN s0lat YaNg KhusYuk



Iman Ghazali menyatakan bahawa org yg tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah. Ia juga berungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yg khusyuk ialah mereka yg sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yg diucapkan dlm solatnya. Justeru itu apabila ia membaca fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yg terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat ke-4 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Allah yang memiliki hari Akhirat"

Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia serta bersesak-sesak di Padang Mahsyar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah. Apabila membaca ayat ke-5 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon"

Ini bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yg lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yg sedemikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah semata-mata.

Selepas itu, ia mengamati lain-lain bacaan dalam solat dengan khusyuk, yang mengandungi pelbagai bacaan dan doa-doa yg memperlihatkan kebesaran Allah. Jika difahami bersungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap buruk yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Berapa banyak orang yang mendirikan solat tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui solatnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika solat maka Allah menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Allah berfirman dalam surah al-Ma'un ayat 4-5,
" Maka celakalah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang yang lalai dalam solatnya."

Nabi saw bersabda lagi yg bermaksud, " Tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)."



Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah. Malah solatnya itu akan menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang diperolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam solat itu, atau sebanyak mana pula ia lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak perlulah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya di dunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibanding dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penuaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang yg dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.



Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji hanya melibatkan 2 perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta-benda. Sama ada enunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan banyak wang, beribu-ribu ringgit. Tubuh terasa letih dan wang habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam Ghazali bahawa solat itu ialah munajat (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran disamping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah.

Orang yg mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yg bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah, jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan pelbagai kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala pujian yang ditujukan kepada Allah bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah menyatakan bahawa ia lebih hampir dengan urat marekh seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan