Sabtu, 22 Ogos 2009

keKaNgaN masa...

Assalamualaikum...

Slamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam... Pengharapan agar ramadhan kali ini lebih baek dari segi amalan berbanding sebelum2nya...insyaAllah...
Dsebabkan kesibukan yang sukar dielak...sy bhnti kjup mnulis or publish ap2 lah...x sempat nak beri pehatian kat blog..bnyak kheja nak bwat...bz la sangat..hehe...ne way thanks kepada yang sudi menjengah or dr0p pa2 c0mmeNt kat cni...budi baek antunna semua x mampu sy balas...may Allah s.w.t bless u...Amin..berJuaNg keRaNa AllaH....=)

Sabtu, 20 Jun 2009

jeJak kas!h...hehe

jaLaN2 di bUk!t beNdeRa.. J0M jO!N uS


oN da waY g BuKit beNdeRa.. hehe faRah drIve...













naNa Nak taNgkap RaMa2 2... NaMpak ka?? ada raMa2
kat c2.. ce teNg0k beBetul...





fIrst deStiNasi.... x sabar nak Naik atas Neh...



tUngGu traIN saMpai... dudUk P0N McM braTur heHe ...tUngGu daN teRus MeNungGu...




tHaNks uNcle tlOng aMik gaMbar kaMie 5 OraNg...swEet..




ataS tRaIN.... bdIri ja sPaNjaNg pjaLaNan ...








dua OraNg yg bLaKaNg 2 PoN naK jOin Jugak.. hehe..... peRgH sPek MaTa bLaLaNg 2.. ngeh3







hMm acT!On...peNat la saNgat..hehe





sedap aNgIN seJuk...NaIk taNggA PoN x PeNat.. tiPu peNat la...=P hehe











tkah terseNyuM lawa....=)

This MeRiam, saYa yaNg PuNya.. iNgiN meNyewa??
hUbuNgi saya dI taLian 04-444 teKaN2 x daPat...ngeh3

Nie kat Ba2 fRiNgHieHieHie....

naK kNa isi pW0t, da LpAr seSaNgt.. PWot P0n dk NyaNyi laGu dOreMoN..hehe



















uitt maKaN eNgat saMa org BLakaNg caMera Nie...
MacaM pelaRiaN..hehe..

aNtaRa MaKaNaN yaNg kaMie MakaN..

NaSi LeMaK aYaM reMpah. SeDap giLer.... naK2 masIn sket.. adUh.. teliuq ka..Ngeh3


telur wIf bILis gOreNg



saMbaL NaSi leMak Mak Miza... teraNgkat.. hehe





sedih gler bru start makan tetiba HujaN,ap lagi berlarian kamie kat bawah pOkOk...walaupOn hujaN cam2 kaMie terus gak maKaN... naSi leMak+ air HujaN.. sedap tu.. ngeh3. habis jugak sepInggaN nasi leMak baNjiR... hak3
dah 2 bt0lak balik....nak Mandi, abIs baJu bepasIR.... keNaNgaN 2.he

reHat Jup...peNat caRie sUraU kat geRneY
siB baIk JuMpa...da tiga sUku Nyawa
dah puSiNg tmpat 2...







sayONaRa keNgkawaN... aRigatOooo... sMoga ReHLah kita DibeRkati ALLAH s.w.t..
insyaAllah... MyEm0.Com

Ahad, 14 Jun 2009

d0sa sIMpaN kuKu paNjaNg.....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth


Jangan ada
niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang
beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

cINcIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Isnin, 25 Mei 2009

baHaNa baNyak kEtaWa


Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam kita gembiara, kiat sering terlalai, lupa dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Maha Esa?

Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


p/s: praktikalnya amat payah, namun perlukan usaha. Mari ikut sunnah.

Jumaat, 22 Mei 2009

detik daN saAt diteMuduga

Salam'alaik.Emm 21 mei lepas saya kena interview pendidikan under upu tu,sume tau kan..fuh hari ni baru la boleh menafas cam normal balik...kalu tak hanya Allah yang tau. bedebuk-debak jantung nie. rasa macam nak tercampak kelua dari tubuh.MyEm0.Com Alhamdulillah lepas jugak hari 2. Logik la memang akan lalui pon dah nama termasuk dalam listkan..kalu tak pegi rugi pulak nanti. bukan senang nak lepas ujian medsi tu.

MyEm0.comada la dekat seminggu jugak saya study. bangun tid0q, benda yang saya capai dulu paper la. nak study pasal isu semasa...tkot kena tanya nanti.Kurang-kurang kalu dah tau senang nanti, mudah nak jawab. Macam-macam saya prepare, malam pulak tido lambat...bukak tenet nak cari contoh2 soalan. Bekajang2 karang pasal diri la, rmk9 la,isu ppsmi la sib baek last minit tanya faz, ada gak dia btaw suh baca pasal pipp...risau makin betambah2 waktu tu. tapikan makin banyak saya baca makin banyak pulak yang x tau. hah apa lagi mula la gabra.Macam2 prasaan ada waktu tu. Tepu pala otak. Adeh.MyEm0.com

Pagi yang gelap kini sudah terang, hari yang dinantikan tiba jugak akhirnya. intvw 2 start kol 2 petang. Sempat lagi tido lepas sarapan, ngantuk sangat. MyEm0.Com Smalam tido lewat, sebabnya terlampau bedebar(ada jugak org cam 2) Kami bert0lak dari rumah pukol 12 tghari. Berpandukan GPS ayah, sampai jugak tempat yang hendak dituju. Syukur. Besar jugak USM, kalu x tau jalan boleh sesat ni.

Lepas pendaftaran kol 1.30 tu, kena tunggu pulak. Terkontang kanting sesorang xdak mmber. Yang duduk sebelah saya banin. Segan pulak nak tegur. Tepat kol 2 sesi tmuduga bjalan. Saya orang ke 7 dari 13. Calon pertama masuk, 2,3...dan saya masih menjadi penunggu setia bilik tutorial 156 tu.MyEm0.ComWaktu jam mnunjukkan 3.05 tula nama saya dipanggil. Ketaq lutut2. Agaknya kalu ad skru dah tercabut kot.hehe.MyEm0.Com

Dekat 15 minit jugak la saya bejuang sesorang mempertahankan diri. Memang kena tembak habis-habisan dengan panel 2. huh sabar je la farhah...Awak kena kuat. Tak kira apa p0n yang berlaku.MyEm0.Com lepas dah kena tembak, hiris, ket0k..saya kelua jugak dari bilik tu. Alhamdulillah. 1 ja dalam pala otak, saya nak balik. Apa2 p0n skarang, doa dan tawakkal. Usaha2 dah ye x..bak kata salihin...kalu ada rezki InsyaAllah...MyEm0.Com

Thanks eeN atas kata2 semangat 2.MyEm0.com

Rabu, 13 Mei 2009

kesaN s0lat YaNg KhusYuk



Iman Ghazali menyatakan bahawa org yg tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah. Ia juga berungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yg khusyuk ialah mereka yg sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yg diucapkan dlm solatnya. Justeru itu apabila ia membaca fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yg terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat ke-4 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Allah yang memiliki hari Akhirat"

Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia serta bersesak-sesak di Padang Mahsyar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah di sisi Allah. Apabila membaca ayat ke-5 dari surah al-Fatihah yg bermaksud:

" Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon"

Ini bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yg lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yg sedemikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah semata-mata.

Selepas itu, ia mengamati lain-lain bacaan dalam solat dengan khusyuk, yang mengandungi pelbagai bacaan dan doa-doa yg memperlihatkan kebesaran Allah. Jika difahami bersungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap buruk yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Berapa banyak orang yang mendirikan solat tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui solatnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika solat maka Allah menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Allah berfirman dalam surah al-Ma'un ayat 4-5,
" Maka celakalah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang yang lalai dalam solatnya."

Nabi saw bersabda lagi yg bermaksud, " Tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)."



Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah. Malah solatnya itu akan menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang diperolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam solat itu, atau sebanyak mana pula ia lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak perlulah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya di dunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibanding dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penuaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang yg dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.



Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji hanya melibatkan 2 perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta-benda. Sama ada enunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan banyak wang, beribu-ribu ringgit. Tubuh terasa letih dan wang habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam Ghazali bahawa solat itu ialah munajat (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran disamping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah.

Orang yg mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yg bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah, jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan pelbagai kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala pujian yang ditujukan kepada Allah bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah menyatakan bahawa ia lebih hampir dengan urat marekh seseorang.

Isnin, 11 Mei 2009

kaWaL NafSu jd MaNusiA MuLia

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: “Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.”

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu ‘amarah’ (nafsu jahat), ‘lawwamah’ (menyesal apabila buat kejahatan) dan ‘mutmainnah’ (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:
- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti ‘ma’thurat’ dan baca al-Quran.
- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
- Banyak bersedekah.
- Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

Sabtu, 2 Mei 2009

MeMbeR saya KaweN..=)


Assalamualikum…emm da lama sangat tak menaip untuk blog nie..kali ni saya nak tulis pasal member dalam batch saya yang kawen. Kepada kawan-kawan shira diluar sana undilah dia. Hehe tak da kaitan betul..emm untuk pengetahuan, shira dah kawen. Apa-apa pun saya dan kengkawan wish SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal hingga akhir hayat. Tak boley la cakap hingga anak cucu, nanti kang dah bercucu cerai-berai susah pulak. Haru biru tu.hehe

Tarikh keramat tu semalam, 2 may 2009. Alhadulillah dapat jugak saya bersama angkatan saya hadir. Bukan senang nak tengok member dalam batch kita pecah tradisi.dah la jadi orang first pulak 2 yang kawen dulu.hehe. orang kata member2 kawen baek pegi, yala amik berkat. Haha. Suka2 ja sebenarnya…

Rasanya member2 kelas berapa kerat je pegi. Ramai yang d0k jauh. Semuanya sampaikan salam dan doa untuk kebahagian buat pasangan pengantin ja la. Apatah lagi kalau doa yang dikirimkan tu ikhlas. Hmm bahagia la pasangan pengantin kita tu.Hehe.

Cun betul pengantin kita. Sebelum di touchup pon memang lawa. Inikan pulak lepas kena tempek macam2. tempek bukan bagi hodoh tapi sebaliknya. Memang lawa la. Adik saya kata nampak macam pelakon pempuan dalam satu cerita 2, tak tau cerita apa. Juliana Banos. Drama melayu tak layan pon. Tengok gtu2 je. Asal sedap layan. Itu pasal tak tau tajuk drama ke filem ke.

Lepas nie merasa pulak nasi minyak rahimah. 13 jun 2009 insyaAllah. Nak pegi jugak, tapi kad kendurinya belum dapat. Member2 poly batch saya dah kawen, sekarang ni tunggu member sekolah islah la pulak, nak tengok jugak siapa yang nak mulakan dulu. Hehe. Tak sabar rasanya. Tapi yang pastinya bukan saya kot..keh3

p/s to shira : fa nak mnx izin nie letak gaMbaq shira. Hehe.
to mmber2 poly saya : shira dah selesai, haMpa suma bila lagi?? hahaha

Sabtu, 11 April 2009

s0Lat Mau KhusyUk

Solat yang khusyuk itu merupakan ciri khas seorang mukmin sejati. Sebab ketika menjelaskan hal itu, Allah SWT telah menyebutkan bahwa salah satu ciri mereka adalah yang dalam solatnya khusyu’.

"Telah beruntunglah orang-orang mukmin, yaitu orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya" (QS.Al-Mu’minum : 1-2)

Selain itu Rasulullah SAW pun menjanjikan kepada orang yang khusyu’ dalam solatnya :

"Tiada seorang mu’min pun yang berwudhuk dan memelokkannya, lalu solat dua rakaat dengan menghadapkan hati dan wajahnya kepada Allah SWT kecuali diwajibkan kepadanya untuk masuk surga"

Para ulama menjelaskan bahwa yang namanya khusuk itu ada beberapa ciri :

1. Tidak memikirkan hal2 yang lain selain solat.

2. Teratur dan tenang dalam gerakan anggota badan di dalam solat. Tidak banyak gerakan yang dilakukannya seperti bermain dengan janggotnya, membetulkan telekung atau kopiah dan lain2nya.

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW melihat seorang yang memainkan janggotnya dalam solatnya. Beliau bersabda,”Bila hati khusyuk, maka pastilah anggota tubuhnya ikut khusyuk”

Dari Abu Dzar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:"Bila kamu solat, sesungguhnya rahmat itu sedang menuju kepadanya, maka janganlah memainkan kerikil."

3. Merasakan bahwa dirinya sedang berada dalam perhatian Allah SWT Yang Maha Mengetahui apa yang nampak dan yang tertutup.

"Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahsia di antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu."(QS.Al-Mujadilah : 7)

4. Mentadabburkan / menghayati bacaan solat yang diucapkannya dengan memahami maknanya secara umum. Baik surat Al-Fatihah, ayat-ayat Al-Quran Al-Kariem ataupun bacaan tatkala ruku, sujud dan lainnya.

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an ? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya."(QS.An-Nisa : 82)

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quraan atau adakah hati mereka terkunci?"(QS.Muhammad : 24)

Bagaimana mungkin seorang boleh dikatakan khusyuk kalau dia tidak paham apa yang dibacanya. Maka memahami bacaan solat adalah salah satu kunci khusyuk itu sendiri.

5. Mengosongkan hati dari pemikiran lainnya, sebab bersihnya hati dan pikiran dari hal-hal di luar solat merupakan inti dari kekhusyukan itu sendiri.

KITA SEMESTINYA BERLATIH DAN MEMBIASAKAN DIRI UNTUK KHUSYUK DI DALAM SOLAT DENGAN APA CARA SEKALIPUN.ANTARA CARA UNTUK UNTUK MENDAPAT KEKHUSYUKKAN DI DALAM SOLAT IALAH DENGAN TIDAK TERBURU2 DALAM MENGERJAKANNYA DAN BERADA DIDALAM KEADAAN TENANG MELAKUKANNYA.KITA SEHARUSNYA MELUPAKAN SEKETIKA KESIBUKAN URUSAN DUNIAWI SEBELUM MENUNAIKANNYA.

---SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT---

Jumaat, 10 April 2009

sUka SuKi k0Nv0kesYeN


Alhamdulillah….akhirnya selesai jugak c0nvo kami bagi student akaun sesi
julai 2005. Fuh sebelum nie tetanya2 jugak bila agaknya nak adakan c0nvo..tarikh plak entah, x bitaw pon..secret2 k0t..plek bt0l. lpas dapat surat dari poly 2 akhirnya reda la sket pertanyaan2 bila c0nvo..klu x leng0h mulut nak mnjawab..nak jawab apa orang tanya, bukan taw c0nvo bila.keh3

Emm engat lagi sbulan sbl0m c0nvo…semua mmbr2 dk srabut pikir nak bayar duet jubah la…cendramata…bukan sikit2 kna bayar…ratusan gak la..sakit jugak la bg yang x bekerja lagi nie..huhu.seb baik ada simpan lagi duet ptptn dulu. 2 p0n susah hati jugak…mai dah surat cinta dari ptptn suh bayaq utang depa..hah baru suma kalut, dulu waktu pinjam suka n gumbira ja. Ya la dapat duet, sapa x suka. Bla nak kna bayaq balik mula la ramai yang nak sumpah sranah.kwang3 Tapi alhamdulillah saya dah stat baya sket takut gak kalu tangguh makin teruk nanti caj pentadbiran dia..parah beb.

Haa bebalik crita psal c0nvo td, emm time 2 la ada yg x pnah2 c0ntc tiba2 muncul. Tanya baju dah tmpah ka. Duet dah bayaq ka…jadi kamceng plak la..dulu punya la bemusuh..jalan sebelah p0n x teg0q..ya la ada orang p cucuk jarum…tapi benda dah lepas lupakan ja la,kita p0n bukan makin muda..buang yang keruh ambil yang jernih…orang kata rezki jangan di t0lak..musuh jangan di cari. Kalu orang nak bemusuh ngan kita biaq p lah…janji bahagia..1 p, 10 mari…ish blagak la pulak..huhuu. Alhamdulillah baik balik dengan suma. X best rasa bemusuh2 nie..kan kan kan…x rugi kalu kita bebaik dengan orang lain..mn taw es0k lusa kita susah nak mnx bantuan spa p0n x sudi. X m0 lah..

Masuk bab baju nie yang serabut pala. Cari mrata tempat, lompat 2 negeri. Kedah ngan penang. Akhirnya jumpak jugak.Alhamdulillah. Ibu p0n dah pening masuk bnyak kedai sangat. Suma x bkenan.hehe. pas 2 kalut pulak p tempah cari tudung lg. kasut p0n sama jugak. Yang pastinya mcm2 la dan mmbuatkan otak serabut.hehe. Dah kat staun x jumpa mmbr2. masing2 dk rindu. Harap nak jumpak pon untuk conv0 nie je la. Waktu lain dah xdak

4 hb 4 p amik jubah, x suma yang hadir. Banyak yang jauh2. dan ada yang duk kat U. Bz ngan nak final. Jadi di0rang x b0leh turun. 7 hb tu baru dapat bjumpa ngan suma. Xdak perubahan apa2 p0n kat mmbr2. sm je. Cuma ada yang nak kwen 2 makin btambah beseri2. jeles pul0k.huhu.Nak j0in diorang x ksampaian lg..hak3 =p. 8 hb c0nvo kami, wat kat poli. X macam taun2 lpas bwat kat dewan melenium. Mungkin bujet bnyak kot nak kna wok kuar. Zaman mleset nie kna bjimat cermat.haha. alhamdulillah syukur sangat suma bjalan ngan lancar. Tapi time bgambaq x dapat nak kumpul ramai2. x best la.huhu Nak wat cane xdak rezki. InsyaAllah bila2 ada rezki kita jumpa lagi. Aminn….

ha..amik sbijik...kwaNg3

1. What is the most important thing in your life?

=sOlat

2. What is the last thing that you bought with your own money?

= m0to, sbb x kheti bwak..huhu

3. Where do you wish to get married?

= daLaM masjid, time akad nikah 2….ngeh3

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

= haNya Allah yg Maha meNgetahui

5. Are you in love?

= rahsia di hati x siapa yg tahu….jd biarlah ia menjadi rahsia..keh3

6. Where was the last restaurant you had dinner?

= mn engat dah la…jarang makan luar…mkn kat umah ja..huhu

7. Name the latest book that you bought?

=n0vel btajuk terNyata cInta…ditulis oleh Damya Hanna..Alaf21nya ok..hak3
Dalam p0ket kering pon dk gagah beli lg..ngeh3

8. What is your full name?

= NuRuL FaRhaH ZuLkIFLi (engat nama nie)

9. Do you prefer your mother or father

= t0gether-gether hehe

10.Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

= emm spa ek…entah..ramai sangat..=p

11.Christina or Britney?

= dua2 x m0….

12.Do you do your own laundry?

= Skarang nie dk umah…anak jepun yg basuh…dulu dk umah sewa sental ngan tangan
ja. 2 yg urat timbul 2…hak3

13.The most exciting place you want to go?

= sat nak teNg0k peta..

14.Hugs or kisses?

= t0gether2…haha gatai..=p

15.Point out 5 things about the person who tagged you.

= tangan c0mey….
= Bemata 4 (2 lg 2 spek mta la)
= Brat kurang dr 50 kg…
= Anak ke3…
= Lelaki…

16.3 things I am passionate about

= puasa
= solat
= meNgajar..

17.3 things I say too often

= MaNt0pp
= tipt0p
= apa wei2…b0tol kicap p0n ada nama..keh3

18.Book I’ve read recently

= sains drjah 5 n 6…feqah drjah 4…kna study, nak mngajaq…hehe

19.8 songs I could listen to over and over again

= amrullah
= lafaz yg tersimpan
= insan bernama kekasih
= sebuah pertemuan
= permata yang dicari
= wanita
= hot n cold
= just dance

20.3 things I learned last year

= masak nasi t0mato…
= Jait tudung (zitzap)..
= Guna n0 celcom…

Khamis, 2 April 2009

d0sa yaNg LebiH hebAt dARi zINa

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.InsyaAllah.

Isnin, 30 Mac 2009

t-sHiRt laBuh bWat MusLiMah....

T-shirt labuh sekarang dah menjadi satu trend. Sana sini kite tengok orang pakai tshirt labuh. Macam-macam design dan corak, warna dan style. Cantik belaka. Agen-agen penjual tshirt labuh pun sekarang macam cendawan tumbuh lepas hujan. Promotion sana sini. Sampai pembeli jadi rambang mata nak pilih yang mana. Rasa macam nak beli semua je!hehe..

Tak macam dulu, susah sangat nak dapat t-shirt labuh ni. Kalau nak, kene gi tempah sendiri kat kedai. Pakat ramai-ramai member sape yang nak oder. Itu pun, susah nak cari orang yang nak/sudi buat t-shirt labuh ni. Macam-macam alasan. Susah nak cari kain dari China la..itu la..ini la.. Kalau pun dapat, harga tak semurah harga sekarang. Yer lah, permintaan pun belum tinggi waktu tu. Jarang sangat tengok orang pakai tshirt labuh. Kalau yang pakai tu, orang jalan kanan kiri mesti tengok lain macam. Pelik kot. Ehe~lantak la korang nak kata apa asal bahagia :)

Baguslah...melihat kepada perubahan ni, ia suatu yang baik. Amat baik. Daripada pakai tshirt yang pendek walaupun berlengan panjang, lebih baik memakai tshirt labuh ni. Sopan sikit nampak. Cuma ada beberapa hal yang tetap perlu kita perhatikan...

Kita jangan 'terkaburi' dengan t-shirt labuh ni, sehingga kita lupa untuk menetikberatkan aspek-aspek lain dalam pemilihan pakaian. Apa yang dimaksudkan adalah, fabrik kainnya dan ukurannya. Dalam Islam, etika menutup aurat bukan setakat menutup, tetapi juga melonggarkan pakaian. Ini yang nampaknya agak bermasalah...

Punya laa kita nak pakai t-shirt labuh, tapi sayangnya pemilihan ukuran yang tidak tepat menjadikan kita bukan menutup tubuh, sebaliknya 'membungkus' tubuh. Wanita/perempuan memang secara zahir diciptakan dengan ukuran tubuh yang agak lebar di bahagian pinggul. Jadi, kita harus hati-hati betul dengan pemilihan pakaian ni jangan sampai bahagian-bahagian tubuh yang seharusnya kita lindungi malah menjadi hal yang menarik perhatian orang.

Sebelum membeli tshirt-tshirt labuh yang macam-macam jenis ni, pilih la betul-betul ukurannya. Biarlah besar sedikit, jangan yang muat-muat je. Setengah orang berpendapat, kalau pakai baju besar-besar ni nanti nampak tak cantik. Nampak gelebeh..macam-macam lah. Tapi, berbalik kepada tujuan kita berpakaian, tujuan membeli dan memiliki tshirt-tshirt labuh ni...bukankah untuk menutup aurat? Kalau pakaian-pakaian tersebut tidak mampu membawa kita kepada tujuannya, apa manfaatnya? Jadi, biar la pakai baju yang besar sikit. Tak perlu la yang besar gedabak, asal longgar dan selesa untuk di pakai. Mudahkan? Malah yang lebih bagus, pilihlah tshirt yang A-cut, bukan yang straight cut. Potongan yang agak lebar di bahagian bawah..

Sekadar peringatan buat semua, termasuk diri ini. Semoga kita terlindung dari fitnah~

Sabtu, 28 Mac 2009

paKu d tiaNg

Beberapa waktu yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan seruan agama. Meskipun telah banyak berbuih ajakan dan nasihat, seruan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa, zakat dan lain-lain, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi rutinitasnya.

Suatu hari seorang ikhwah tersebut memanggil anaknya dan berkata, “Mat, kau ini sangat lalai dan terlalu banyak berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan tancapkan satu paku ke tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan tancapkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini”. Ayahnya berbuat seperti mana yang dia janjikan, setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari silih berganti, beberapa purnama berlalu, dari musim hujan berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat karena hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan tersebut, timbullah rasa malu. Maka dia pun beniat untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mulai sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunnah-sunnahnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ia tinggalkan, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata, “Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan aku akan mencabutnya sekarang. Tidakkah kamu gembira?” Mat merenung pada tiang tersebut, dia mulai menangis tersedak-sedak. “Kenapa anakku?” tanya ayahnya, “Aku menyangka kau gembira karena semua paku-paku tadi telah tiada”. Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, “Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih lubang-lubang dari paku itu tetap ada ditiang, bersama dengan karatnya”.

Sesuatu yang dimuliakan, dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hingga akan menjadi suatu kebiasaan, dan kita mungkin bisa mengatasinya atau secara berangsur-angsur kita dapat menghapuskannya, tetapi ingatlah bahwa bekas yang ia tinggalkanya tidak akan hilang. Dari situ, bilamana kita merenungi untuk melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang berniat melakukan kemungkaran, maka berhentilah. Karena setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan bekas lubang pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apa lagi kalau kita biarkan sampai berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

kiSaH NeRaka jahaNaM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka
Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan
tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu
dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah
yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula
terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap
lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada
setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,
pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa
setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat
nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik
sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah
asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang
pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung
di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka
(Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut
maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,
“Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah
bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka
Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali,
dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat,
dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya
ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah
jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung
dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur
lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia
akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Rabu, 25 Mac 2009

Selera pemakai tudung saji @ tudung kepala.....

Perbincangan tentang isu pemakaian tudung

penjual tudung saji: mari mari mari puan2.. sini saya ada jual tudung2 saji. banyak jenis tudung saji, ada tudung saji dari turki, ada dari cairo, ada dari jepun, ada macam2 warna, ada macam2 corak, ada tudung saji design buatan makcik wahida, ada tudung saji buatan kak bienda, dan juga tudung saji dari pak mawi!!

puan1: hmm. tudung saji turki ni, warna-warni dan bercorak2, cantik! tp kaler dia terlalu terang la, takut nanti lalat2 lagi suka menghurung, hehe..

puan2: tudung saji buatan makcik bienda ni cantik, tp kenapa ada sikit lubang2 kat bahagian bawah dia? dahla besar tu, muat tangan kucing nak masuk dalam tu. takmola beli tudung saji makcik bienda ni, pakai pun still kucing boleh nampak dalam..nanti habis lauk kena curik

puan3: tudung saji yg ni pun cantik, tp slack sikit buatan dia tak kemas.. ada bahagian yg sepatutnya ditutup rapi, disilangkan saja.. kalo meja bergoyang sikit, boleh terbukak, habis nampak isi di dalam.. lain kali kalo nak pasang, biarla kemas2 sikit..

puan4: saya nak tudung buatan pakcik mawi..tak kisahla cantik ke tak, saya nak jugak! ehe

penjual tudung saji: saya ni cuma jual je tudung saji ni puan2.. yg nak guna, puan2 jugak..
kalo puan2 pakai tudung saji ni elok2, lauk2 puan2 jugak yg selamat..
kalo puan2 nak pakai yg trendy tp mengabaikan ciri2 asal, lauk2 puan2 jugak yg nak kena hurung lalat dan kna curi..
terpulangkan kepada puan2, fungsi tudung tu utk melindungi atau hanya menghiasi..
saya cuma penjual jalanan yg mencari rezeki sesuap nasi..

jadi, kita telah melihat bagaimana makcik-makcik tadi memilih tudung saji mereka.. bagaimana pula dengan anda? mana yg lebih prioriti? keselamatan atau kecantikan?

janganlah anda tepuk perut tanya selera..
tp tepuklah kepala dan tanyalah minda..

PANDUAN MEMAKAI TUDUNG




untuk renungan bersama.